Tugas Dan Fungsi Biro-Biro

Tugas Dan Fungsi Biro-Biro
1.Biro Pembangunan dan Ekonomi; Di pengerusikan oleh En.Laham Bin Selamat Berfungsi  Melaksanakan sistem kewangan yang seragam mengikut buku panduan kewangan yang sedia ada dan  mengurus kewangan dan dana surau dengan sistematik. Serta menguruskan kemudahan dan keperluan surau.
2.Biro Pendidikan dan Dakwah, Dipengerusikan oleh En.Solimi Bin Sageh berperanan sebagai Menjadikan surau sebagai pusat ilmu pengetahuan yang mempunyai segala kemudahan pembelajaran dan pendidikan. Selain mengajak manusia supaya beriman dan beramal soleh.
3. Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan; Dipengerusikan oleh Pn.Rohata Binti Dasiron bertanggungjawab sebagai  memberi bantuan kepada pelajar-pelajar miskin, anak-anak yatim, golongan fakir dan miskin, orang sakit, uzur, musafir dan mualaf. Membuat kajian dan statistik ahli kariah mengenai bilangan penduduk seperti golongan lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak, Islam dan bukan Islam, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, kanak-kanak istimewa, golongan profesional, ahli-ahli koporat dan lain-lain.
4. Biro Kebersihan dan Keceriaan; Dipengerusikan oleh Hj.Rajap Bin Jalal  berperanan Menentukan kawasan luar dan dalam  surau sentiasa dalam keadaan bersih, suci dan ceria. Menyediakan peralatan kebersihan yang mencukupi. Dan Membersihkan semua tempat tumpuan pengunjung surau dalam keadaan bersih seperti ruang solat, bilik kuliah, tempat wuduk dan bilik air
5. Biro Pengimarahan ; Dipengerusikan oleh En.Nizarudin Bin Dimyati berfungsi sebagai merancang dan memastikan program dijalankan di surau berjalan lancar. Memastikan program membudayakan al-Quran dan as-Sunnah dapat dijalankan dengan baik dan betul. Mengadakan kelas Tahsin al-Quran untuk semua lapisan masyarakat termasuk pegawai surau Menyusun dan mengatur kelas-kelas takmir dengan cekap.
6. Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat :  Dipengerusikan oleh Hj. Misman Bin Lasimak berfungsi sebagai Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan. Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan cetakan seperti buletin, risalah,  dan Merangka strategi penerangan mengenai program dan aktiviti surau sepanjang tahun.
7.. Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA); Dipengerusikan oleh Pn.Hanita Binti Melan berperanan sebagai menjaga hal-ehwal wanita dan ibu tunggal serta mengadakan  Mengadakan kelas bimbingan fardhu ain, kelas al-Quran wanita, kelas berzanji dan marhaban, kumpulan Yasin dan tahlil, program ibu mithali, ibu tungal dan ziarah, Membentuk pasukan kendarat atau rewang wanita,  Mengadakan  kelas memasak dan kelas jahitan.
8. Biro Rakan Muda Surau : Dipengerusikan oleh En.Omar Fitri Bin Masruri berperanan sebagai menarik minat golongan muda terhadap surau dengan mengadakan aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti kumpulan nasyid, kompang, hadrah, berzanji, marhaban, kendarat dan lain-lain dan Mengadakan aktiviti pendidikan seperti kelas bimbingan, kelas komputer, kelas tuisyen dan lain-lain.
9. Biro Keselamatan dan Sukarelawan; Dipengerusikan oleh En.Sanusi Bin Abd Rahman berfungsi sebagai menggalakkan penyertaan ahli kariah melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan seperti Rela, JKKK, Rukun Tetangga dan lain-lain. Pasukan keselamatan yang berkaitan hendaklah bersama memastikan barang hak milik surau dikawal selia bagi mengelakkan kecurian dan disalah guna oleh ahli kariah. Dan Sentiasa bersedia dalam apa juga program dan aktiviti  surau serta ahli kariah yang memerlukan khidmat keselamatan dan kesukarelawan sepanjang program/aktiviti yang dijalankan bagi memudahkan pihak tertentu dan ahli kariah menjalankan tugas masing-masing.
10. Biro Pengurusan Aset dan Prasarana  ;Dipengerusikan oleh Pn.Norwana Binti Sairon berfungsi sebagai Menyediakan dan menyelenggara keperluan asas surau seperti peti derma, almari, jam dinding, sejadah, petunjuk waktu solat, alat pembesar suara dan lain-lain. Bertanggungjawab memastikan barangan keselamatan, kemudahan asas atau tambahan hak milik surau disimpan dan dikunci serta mudah dihubungi pada masa yang diperlukan.
11. Pemeriksa Kira-Kira; Dipangku oleh Pn.Siti Faizah Bt. Jumakun dan Pn.Tumi Bte Takim berperanan sebagai audit serta mengesahkan penyata buku kira-kira surau yang dibuat oleh Bendahari dan AJK sentiasa betul dan telus.
Tugas dan fungsi Biro-Biro ini adalah tertakluk kepada; Mengikut Fasal 8 (4) Kaedah-Kaedah Majlis Masjid dan Surau Johor 1989 pindaan 1998: dan Perkara 9 Panduan Perlantikan Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau.

Comments

Popular posts from this blog